Buat pengetahuan semua, ini merupakan ramadhan untuk kali kedua saya tanpa keluarga disisi. Alhamdulillah, masih berkesempatan bertemu dengan bulan ramadhan. Sejujurnya, memang terkesan di hati dek kerana masih lagi tidak bersama-sama dengan keluarga, tetapi tidak mengapa, semua telah diaturkan dan ditetapkan olehNya.
Memandangkan tahun ini merupakan tahun kedua kami ( batch ) di Ardil Kinanah ini, jadi, ramai diantara kenalan dan rakan-rakan pulang ke kampung halaman ( Malaysia khususnya ) .
Jika dipanjangkan umur, insyaAllah, saya akan pulang juga ke tanah air. Tidak mengapa kerana, Nabi telah sebut didalam hadis, " Barangsiapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu di jalan Allah, maka Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke syurgaNya".
عصير فرولة بالشكولاتة ( Jus Strawberry dengan Coklat ) |
No comments:
Post a Comment