PerancanganNya..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Thummalhamdulillah.. hm begitu ungkapan yang sentiasa disebut apabila kita berasa sangat bersyukur diatas pemberianNya. Begitu juga aku, tidak dapat digambarkan betapa bersyukurnya aku padaNya. Kenapa? Apa yang membuatkan aku menjadi sebegitu? Jawapanya..
Hari ini, 7 Mei 2018, aku merasakan bahawa doaku telah dimakbulkanNya. Sememangnya aku sangat "excited" pada hari ini. Begini ceritanya.
Aku dan rakanku ( juga merupakan pelajar baru ) pergi ke sebuah tempat ( Vodafone Platform ) di awal sabiek. Memang tak dijangka olehku bahawa hari ini akan menjadi hari ke "excited" an. Kerana apa? Kerana aku berjumpa dengan idola aku, iaitu bang Taqy Malik. Beliau merupakan seorang qari ( indonesia ). Kemerduannya dalam melantunkan dan mengalunkan bait-bait ayat suci alquran memang begitu mengagumkan aku.
Setelah lama menunggu untuk urusan pembelian kad sim selesai di kedai vodafone itu, akhirnya, hampir selesai dan aku ingin membayar untuk harga kad sim tersebut, tetapi, pekerja vodafone tersebut tiada "fakkah" ( wang kecil ). Begitu juga aku. Lalu, aku memutuskan untuk keluar dan pergi ke kedai lain untuk membeli sedikit makanan, supaya mampu mendapatkan "fakkah".
Setelah lama mencari "fakkah", akhirnya, berjaya mendapatkannya. Apabila sampai di kedai vodafone tersebut, kepalaku seolah-olah tertoleh dengan sendirinya di sebuah mesin atm berhampiran pintu masuk kedai tersebut.
Alangkah terkejutnya aku apabila sesosok tubuh dan wajah yang mungkin aku kenal sedang memandang tepat padaku. Tidak salah lagi, itulah dia. Apalagi, terus meluru kearahnya dan meminta untuk menangkap sebuah foto kenangan bersamanya.
Alhamdulillah. Tidak ku sangka bahawa, doaku pada tahun 2017, dimakbulkan olehNya pada hari ini, 7 Mei 2018.
No comments:
Post a Comment