Sememangnya kita pada hari ini, tidak melihat tentang betapa besarnya ganjaran bagi sesiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W .
Teringat saya semasa sekolah rendah dahulu, ustaz-ustazah di sekolah kafa sering menekankan supaya selalu berselawat dek kerana ganjaran dan fadhilatnya yang begitu besar. Kata ustaz, " Sekali kita berselawat pada Nabi, Sepuluh kali Allah selawat pada kita " . Subhanallah, besar sungguh ganjaranya.Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.”
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
33:56 "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." - Surat Al-'Aĥzāb (The Combined Forces) - سورة الأحزاب
Kita kata kita cinta nabi, Kita kata kita sayang nabi, kenapa tidak mahu berselawat kepadanya? Tepuk dada tanya iman! Jom Selawat!
Sumber : Youtube
Lagu berjudul "Jom Selawat" yang dinyanyikan oleh adik beradik, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi. Selamat berselawat dan mendengar.
Alhamdulillah, terus istiqamah menulis, menyampaikan tinta dakwah buat ummah.
ReplyDeleteinsyaAllah, rabbi yassir wala tuassir. syukran😊
Delete