Alangkah terkejutnya si ibu apabila melihat anaknya tiba-tiba pulang dari perantauan. Manakan tidak, tidak ada angin dan ribut, tiba-tiba sahaja muncul dihapan mata. Bukan hanya si ibu, malah nenek juga. Ayah hanya biasa-biasa sahaja daripada riak wajahnya, tetapi pasti ada rasa didalam hati. Adik-adik yang berada di asrama masih tidak tahu. InsyaAllah seusai mereka pulang ke rumah, akan tahulah mereka.Mereka juga beriya-riya menyuruh untuk pulang. Rindu yang sudah berputik.
Itulah yang telah terjadi padaku. Sengaja aku tidak mahu memberitahu keluarga bahawa aku balik beraya tahun ini. Ini semua perancangan-Nya yang maha terbaik. Aku juga tidak menyangka yang aku akan balik beraya pada tahun ini. Alhamdulillah. Berkat usaha daripada titik peluhku meniaga dan bekerja, akhirnya dapat juga aku pulang walaupun tiket kapal terbang itu berstatus "one way".
Menjejak kaki ke tanah tumpahnya darahku buat kali pertama selepas ke Mesir |
perlulah diisi dengan perkara yang bermanfaat dan penting kerana mungkin untuk pulang kembali mengambil masa yang begitu lama dek kerana jarak beribu-ribu batu memisahkan.
Namanya Amir. Dari Cairo nak ke Amerika. Banyak menolong aku semasa perjalanan ke Abu Dhabi. |
InsyaAllah, semoga dengan pertemuan ini menjadi yang paling bermakna buat aku, keluarga, kawan-kawan dan insan istimewa walaupun tidak berapa lama. Tidak mengapa, pelajaran harus diteruskan, masa masih panjang. Allahu Musta'an. Ameen.