- Mempunyai wajah yang gelap lebih mulia daripada mempunyai HATI yang gelap kerana kotornya akhlak.
Terkadang kita terfikir,
Indahnya masa lalu berbanding kini.
Masih basah kenangan semalam, kemarin dan yang telah lalu.
Saat ini baru mengerti,
Betapa menghargai itu perlu disisi.
Kerana..
Semalam tidak akan muncul kembali. Selamanya.
Teringat suatu peristiwa. Pernah suatu ketika kami pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir berada didalam situasi yang sungguh merisaukan. Begitu juga dengan pelajar-pelajar indonesia dan antarabangsa yang lain. Untuk pengetahuan semua, kita sebagai pelajar antarabangsa yang belajar di negara orang perlulah sentiasa cakna akan visa dan passport kita. Perlu hidup sentiasa. Sekali kantoi ianya telah luput, habislah.
Suasana di Hayyu Sabiek. Tempat tinggal kami. Ah, sungguh menggamit memori.Diringkaskan cerita, wisma kami iaitu wisma pahang berada berdekatan dengan kedai pak arab ( nama kedai tu " Nur A'lan Nur " ) dan bersebelahan dengan wisma perak. Kedai pak arab ni sudah tentu menjadi destinasi kami semua untuk membeli kelengkapan. Aku dan kawan serumahku ( sahabat ) selalu juga lepak melepak disitu sambil pekena cekedis/jajan oversea. Lepaskan tension katakan.
Pada suatu malam, aku dan kawanku berasa lapar. Terasa nak makan makanan ringan sebagai alas perut. Nak masak, sudah lewat malam. Kami pergi ke kedai tersebut dan lepak sekejap ditepi kedai tersebut. Sambil bercerita sambil mengunyah. Keadaan pada masa itu di Mesir agak darurat untuk keluar dari rumah bagi kami pelajar-pelajar antarabangsa khususnya kerana polis mengawal dan mencari wafiddin ( orang luar Mesir & pelajar luar negara ) yang tiada passport dan visa yang hidup.
Beberapa minit berlalu, kami masih lagi disitu. Sejuk angin malam. Tiba-tiba, berhenti sebuah kereta polis betul-betul dihadapan kami. Kelihatan dua orang polis Mesir sedang memerhatikan kami dan memanggil kami berdua. Mereka bertanya apa yang kami buat disitu dan bertanyakan passport. Ah sudah, kami punya passport di wisma, yelah, ke kedai aje, lagipun dekat. Tetapi itu merupakan kecuaian kami juga. Sepatutnya, apabila berada dinegara orang, perlulah sentiasa cakna akan hal-hal sebegini. Kami jawab ada di wisma.
Mereka seolah tidak percaya dan mula berfikir lain. Mereka meminta untuk kami memberi kepada mereka wang. Kalau tidak, mereka akan bawa kami ke balai. Kena ugut! haha. Tak dapat apa yang mereka nak, alamatnya masuk penjara la kami malam tu jawabnya. Mujur kawanku membawa duit lebih. Agak banyak juga mereka pau! kami. Terus kami balik ke wisma. Takut. Takut duit kembali melayang lagi haha. Fuh, Alhamdulillah. Nasib baik!
Selesai sesi beriadah malam. keluarkan peluh bermain futsal bersama geng-geng dari negeri lain. pekena a'sir dulu dengan kawan sejak zaman sekolah menengah. heheHairan dengan student Mesir.
Ketika berada di Mesir,
Diluahkan rindu kepada keluarga di kampung.
Ketika berada di Negara sendiri,
Dirasakan rindu kepada bumi penuh kejutan itu.
Tapi itulah kami,
Dua cinta telah bersatu di dalam hati.
Cinta kepada keluarga dan tanah air sendiri
Dan
Cinta kepada bumi mesir dan seisinya.
Mahu saja diubah peta dunia, didekatkan dua negara ini agar rindu tidak bertandang ketika berada di salah satu tempat ini.
Akan tetapi takdir Allah itu lebih indah,
Dipisahkan dua cinta ini berjauhan agar lebih menghargai setiap detik bersama mereka disekeliling.
Moga Mesir, Malaysia dan seluruh dunia cepat sembuh daripada waba' ini. ❤️
Credit Fb : Ainun Nabilah Kamal
Video : Visit Egypt
Ini merupakan pengalaman saya semasa di Mesir beberapa tahun yang lalu.
Pada tarikh 21 Disember 2018, saya secara rasmi diterima masuk ke akademi. Pihak pengurusan akademi telah memuat naik di Facebook Page akademi tersebut. Di akademi tersebut, saya satu-satunya rakyat Malaysia yang bermain disitu.
Dua minggu sebelum itu, saya ada menghubungi mereka dan menyatakan minat untuk menyertai mereka. Berkali-kali juga tetapi tiada jawapan, sehinggalah satu masa pihak mereka memberi respon. Nama admin itu seingat saya Kepten Mehnak, jika saya tidak silap.
Mereka meminta saya untuk datang ke akademi pada hari jumaat, tetapi saya tidak dapat datang kerana ada hal. Tetapi saya mengambil keputusan untuk pergi semula pada hari Sabtu bersama seorang kawan.
Pada mulanya pihak pengurusan dan jurulatih hanya nak kenal dan mereka suruh datang semula pada minggu hadapannya. Perghh dahlah jauh. Hampir setengah jam juga naik uber. Nama tempat itu Tahrir. saya tinggal di Hayyu Sabik (Seksyen 7).
Diringkaskan, saya kena uji 2 kali. Masa ni saya pakai jersi malaysia dan ramai pemain tanya bila tengok lambang pada jersi tersebut. Saya dengan bangganya bagitahu bahawa itu jersi Malaysia, negara saya.
Perlawanan persahabatan lawan pemain-pemain di dalam akademi tersebut dan saya berjaya mendapat 1 assist, saya bermain sebagai flanker kanan masa itu. Perlawanan persahabatan kedua, lawan U-26 dari akademi lain dan saya ditukarkan posisi pertahanan kanan oleh jurulatih.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 0-0. Selepas match itu , mereka terima saya dan para jurulatih ajak bergambar. Saya dapat bermain dan berlatih di akademi itu percuma tanpa perlu bayar yuran selama 1 bulan.
Berlatih setiap hujung minggu. Apabila saya datang berlatih, jejak ke dalam akademi, semua orang pandang macam saya ni makhluk dari planet lain. Mana taknya, saya saja rakyat Malaysia yang ada di daerah itu.
Ada satu ayat yang buat saya semangat untuk bermain di situ. 'Here, we are family', kata seorang pemain kepada saya semasa sesi bergambar beramai-ramai. Paling saya bangga, saya dapat ceritakan pada mereka semua tentang Malaysia dan mereka kelihatan berminat dan teruja terutama kanak-kanak disitu. #Negaraku
Alhamdulillah, satu pengalaman yang saya rasa satu dalam seribu kalau nak cari. bukan senang nak jadi pemain bola sepak di negara luar. Saya bersyukur Tuhan bagi juga merasa bermain dengan suasana dan budaya yang berbeza, bersaing dengan orang yang lagi besar dari saya. Alhamdulillah, ia satu cabaran dan pengalaman yang paling manis dalam hidup dan karier saya.