Followers

Wednesday, November 18, 2020

Aku dan Mesir : Nasib Tak Kedalam ! Peristiwa bersama Polis Mesir !

 Teringat suatu peristiwa. Pernah suatu ketika kami pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir berada didalam situasi yang sungguh merisaukan. Begitu juga dengan pelajar-pelajar indonesia dan antarabangsa yang lain. Untuk pengetahuan semua, kita sebagai pelajar antarabangsa yang belajar di negara orang perlulah sentiasa cakna akan visa dan passport kita. Perlu hidup sentiasa. Sekali kantoi ianya telah luput, habislah.

Suasana di Hayyu Sabiek. Tempat tinggal kami. Ah, sungguh menggamit memori. 

Diringkaskan cerita, wisma kami iaitu wisma pahang berada berdekatan dengan kedai pak arab ( nama kedai tu " Nur A'lan Nur " ) dan bersebelahan dengan wisma perak. Kedai pak arab ni sudah tentu menjadi destinasi kami semua untuk membeli kelengkapan. Aku dan kawan serumahku ( sahabat ) selalu juga lepak melepak disitu sambil pekena cekedis/jajan oversea. Lepaskan tension katakan. 

Pada suatu malam, aku dan kawanku berasa lapar. Terasa nak makan makanan ringan sebagai alas perut. Nak masak, sudah lewat malam. Kami pergi ke kedai tersebut dan lepak sekejap ditepi kedai tersebut. Sambil bercerita sambil mengunyah. Keadaan pada masa itu di Mesir agak darurat untuk keluar dari rumah bagi kami pelajar-pelajar antarabangsa khususnya kerana polis mengawal dan mencari wafiddin ( orang luar Mesir & pelajar luar negara ) yang tiada passport dan visa yang hidup.

Beberapa minit berlalu, kami masih lagi disitu. Sejuk angin malam. Tiba-tiba, berhenti sebuah kereta polis betul-betul dihadapan kami. Kelihatan dua orang polis Mesir sedang memerhatikan kami dan memanggil kami berdua. Mereka bertanya apa yang kami buat disitu dan bertanyakan passport. Ah sudah, kami punya passport di wisma, yelah, ke kedai aje, lagipun dekat. Tetapi itu merupakan kecuaian kami juga. Sepatutnya, apabila berada dinegara orang, perlulah sentiasa cakna akan hal-hal sebegini. Kami jawab ada di wisma. 

Mereka seolah tidak percaya dan mula berfikir lain. Mereka meminta untuk kami memberi kepada mereka wang. Kalau tidak, mereka akan bawa kami ke balai. Kena ugut! haha. Tak dapat apa yang mereka nak, alamatnya masuk penjara la kami malam tu jawabnya. Mujur kawanku membawa duit lebih. Agak banyak juga mereka pau! kami. Terus kami balik ke wisma. Takut. Takut duit kembali melayang lagi haha. Fuh, Alhamdulillah. Nasib baik! 

Selesai sesi beriadah malam. keluarkan peluh bermain futsal bersama geng-geng dari negeri lain. pekena a'sir dulu dengan kawan sejak zaman sekolah menengah. hehe


No comments:

Post a Comment