Followers

Monday, September 7, 2020

" Ini Pengalaman Saya, Ikhwan Raha - Anak Pahang dari Malaysia Sertai Akademi Bolasepak Di Mesir "

 Ini merupakan pengalaman saya semasa di Mesir beberapa tahun yang lalu.

Pada tarikh 21 Disember 2018, saya secara rasmi diterima masuk ke akademi. Pihak pengurusan akademi telah memuat naik di Facebook Page akademi tersebut. Di akademi tersebut, saya satu-satunya rakyat Malaysia yang bermain disitu.


Dua minggu sebelum itu, saya ada menghubungi mereka dan menyatakan minat untuk menyertai mereka. Berkali-kali juga tetapi tiada jawapan, sehinggalah satu masa pihak mereka memberi respon. Nama admin itu seingat saya Kepten Mehnak, jika saya tidak silap.

Mereka meminta saya untuk datang ke akademi pada hari jumaat, tetapi saya tidak dapat datang kerana ada hal. Tetapi saya mengambil keputusan untuk pergi semula pada hari Sabtu bersama seorang kawan.


Pada mulanya pihak pengurusan dan jurulatih hanya nak kenal dan mereka suruh datang semula pada minggu hadapannya. Perghh dahlah jauh. Hampir setengah jam juga naik uber. Nama tempat itu Tahrir. saya tinggal di Hayyu Sabik (Seksyen 7).


Diringkaskan, saya kena uji 2 kali. Masa ni saya pakai jersi malaysia dan ramai pemain tanya bila tengok lambang pada jersi tersebut. Saya dengan bangganya bagitahu bahawa itu jersi Malaysia, negara saya.



Perlawanan persahabatan lawan pemain-pemain di dalam akademi tersebut dan saya berjaya mendapat 1 assist, saya bermain sebagai flanker kanan masa itu. Perlawanan persahabatan kedua, lawan U-26 dari akademi lain dan saya ditukarkan posisi pertahanan kanan oleh jurulatih.


Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 0-0. Selepas match itu , mereka terima saya dan para jurulatih ajak bergambar. Saya dapat bermain dan berlatih di akademi itu percuma tanpa perlu bayar yuran selama 1 bulan.

Berlatih setiap hujung minggu. Apabila saya datang berlatih, jejak ke dalam akademi, semua orang pandang macam saya ni makhluk dari planet lain. Mana taknya, saya saja rakyat Malaysia yang ada di daerah itu.


Ada satu ayat yang buat saya semangat untuk bermain di situ. 'Here, we are family', kata seorang pemain kepada saya semasa sesi bergambar beramai-ramai. Paling saya bangga, saya dapat ceritakan pada mereka semua tentang Malaysia dan mereka kelihatan berminat dan teruja terutama kanak-kanak disitu. #Negaraku



Alhamdulillah, satu pengalaman yang saya rasa satu dalam seribu kalau nak cari. bukan senang nak jadi pemain bola sepak di negara luar. Saya bersyukur Tuhan bagi juga merasa bermain dengan suasana dan budaya yang berbeza, bersaing dengan orang yang lagi besar dari saya. Alhamdulillah, ia satu cabaran dan pengalaman yang paling manis dalam hidup dan karier saya.

No comments:

Post a Comment