Followers

Thursday, August 26, 2021

CARA RINGKAS SOLAT JENAZAH : Mudah je sebenarnya..

Kaedah Mudah Solat Jenazah :

Kedudukan imam pada jenazah lelaki dan perempuan.


1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah rukun di atas. Cukup rukun maka sah lah solat tersebut. Semoga ia menjadi penghormatan terbaik buat jenazah lebih-lebih lagi seorang anak yang mengimami dan mengetuai pengurusan jenazah ibu dan ayah. Wallahua'lam.

Thursday, January 28, 2021

ADAB KITA DENGAN PARA GURU : Bagaimana adab yang diajarkan ?

( sumber : twitter@alfaqirfazirun )
                                           Sumber Foto : twitter@alfaqirfazirun

 " Jika ada seorang guru yang berjalan, maka janganlah kamu mendahului guru kamu yakni jangan kamu memberi belakang kamu ( membelakangkan ) kepada guru tersebut sehinggalah guru tersebut sudah hilang dari pandangan. "

Demikian adalah sedikit bait yang telah saya ulaskan daripada kata-kata yang diajarkan oleh Syeikhuna, Syeikh Nazrul Nasir Al Azhari Hafizohullah didalam ceramah agamanya. Nampak macam perkara kecil, tetapi inilah antara adab kepada seorang guru yang ramai terlepas pandang. Begitulah tinggi darjat ataupun maqam yang diletakkan kepada seorang guru. Kita sebagai pelajar perlulah sentiasa menjaga adab kepada para guru kita kerana mereka banyak berjasa mencurahkan ilmu kepada kita. 

Dengan kemelut Covid-19 yang melanda dunia pada hari ini, proses pembelajaran tetap diteruskan iaitu secara maya ataupun " atas talian ". Banyak juga kerenah, telatah, dan ujian melalui fasa pembelajaran secara atas talian ini. Saya juga sebagai pelajar ijazah sarjana muda sekarang ini, tidak terlepas daripada tanggungjawab itu dan perlulah kita ingat, walaupun pembelajaran secara atas talian, adab terhadap guru masih wajib dilakukan walaupun berlainan konsep. Sebagai contoh, masa. Ikutlah masa yang telah ditetapkan dan jangan biarkan guru kita menunggu kita. Kadang-kadang guru penat menunggu untuk muridnya masuk kedalam medium atas talian. Ini merupakan satu contoh yang perlu diambil berat oleh seorang insan yang bergelar pelajar.

Jika dilihat, para agamawan sangat menjaga adab mereka dengan para guru. Mereka mahukan keberkatan bukan kederhakaan. Dengan itu, ilmu akan terus kekal didalam diri. Dengan situasi pada hari ini, kita dapat lihat, para guru, pensyarah bertungkus-lumus menyediakan dan memberi ilmu kepada pelajarnya walaupun berdepan ujian dan cabaran.

Kesimpulannya, jagalah adab kita dengan guru supaya apa yang diajarkan dan apa yang kita belajar daripadanya menjadi ilmu yang berkat. Guru ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan cahaya kepada kawasan sekeliling. Begitulah perumpamaan yang sering kita dengar. Dimanakah datangnya ilmu jika kita tidak menjaga adab dengan guru kerana orang yang berilmu tidak semestinya beradab, manakala orang yang beradab, pasti ia berilmu. Wallahua'lam.