Followers

Thursday, December 19, 2019

Jangan berputus asa awak-awak semua.. Allah ada...

Pernah tak kita lihat kucing-kucing terbiar tanpa tuan di tepi jalan atau lorong-lorong sepi?  Pernah ke kita terfikir, kucing-kucing ini tiada akal tetapi mampu meneruskan hidup tanpa rasa putus asa? Bagaimana rezeki mereka ada walaupun mereka sendiri tidak menjangka rezeki yang akan diterima oleh mereka pada setiap hari? Pendek kata, kucing taktahu pun apa yang akan mereka dapat dek kerana mereka tiada akal dan tidak bekerja.


Tetapi.. Allah tetap memberi kepada mereka rezeki. Kucing-kucing terbiar mampu hidup dan tidak pernah mengeluh untuk hidup.



Kita? Ada akal, ada ilmu, ada tenaga, ada kudrat tetapi masih tidak percaya pada rezeki dan mengeluh untuk hidup dan ujian yang Allah bagi. Jadilah hamba yang kuat. Sabar dan tabah itu perlu untuk menghadapi dunia penuh cabaran. Jika kita sudah lemah dan tewas, ingatlah bahawa Nabi dan para sahabat pernah sakit. Sakit untuk memberi agama kepada kita. Jangan mengalah untuk hidup kerana mati itu pasti dan mati itu adalah rehat bagi orang yang kuat menempuhi ranjau berduri ketika hidup didunia.

kita hamba. Kejar dunia berpada-pada, Akhirat jangan dilupa. Dunia untuk PENAT, Akhirat untuk REHAT. Wallahua'lam. Rabbi Yassir, Wala Tuassir.


2 comments:

  1. Replies
    1. insyaAllah. semoga dipermudahkan segalanya. semoga kuat utk istiqomah dlm berjuang mencapai redhaNya. Rabbi yassir Wala Tuassir. Stay positive and strong ok 😊💯🙌💪👍

      Delete