Ah, sedang leka termenung, tiba-tiba teringat sebuah kenangan. Kenangan yang masih basah di ingatanku. satu persatu aku cuba susun semula untuk menyempurnakan setiap cebisan kenangan tersebut. Seingat aku, peristiwa ini berlaku semasa aku berumur 7/8 tahun. Sudah lupa kerana sudah lama berlaku. Sekitar tahun 2005 atau 2006. Tersenyum keseorangan kerana teringatkan adegan lucu yang terjadi pada masa itu.
Masih aku ingat, Mamat, ( kawan sekampung ) dan seorang lagi kawanku mengajak untuk bermain basikal di sekitar kawasan kampung Sungai Karang. Ketika itu aku masih di bangku sekolah rendah. Haha, waktu itu langsung tidak memikirkan apa-apa, main sahaja yang tahu.
Mamat dan kawan seorang lagi ajak bermain basikal sampai ke sebuah tempat berhampiran sekolah rendah sungai karang, didalam kawasan perumahan, terdapat kawasan berbukit dan berhutan. Kononnya, didalam kawasan itu berhantu dan kami mahu pergi ke situ.
Bertukar tragedi..
Saat turun dari bukit, basikal yg mamat tunggangi tiada brek. Bawah adalah selekoh, tetapi mamat tidak keselekoh malah terus meredah semak dan hutan sehingga terbungkang di atas satu dahan pokok yang besar. Sudahlah laju macam pelesit haha.
Aku dan kawanku terus pergi ke arahnya tetapi hanya memandang dari arah jalan. Mamat tiba tiba bangun dengan wajah kemerahan. mungkin disebabkan redahan ke dalam semak itu sambil memegang basikal kawanku dan memandang kawanku dengan pandangan yang blur. Kami menahan ketawa tetapi hanya senyuman yang ditunjukkan. Manakan tidak, dari atas laju terus kedalam semak dan secara tiba-tiba bangun dan pegang basikal sambil buat muka tidak tahu apa-apa. Terdapat juga calar-balar di seluruh tubuhnya. mamat seakan-akan sesak nafas lalu kami pun memutuskan untuk pulang. kami hanya mendiamkan sahaja tanpa memberitahu ibubapa masing-masing tentang hal yang telah berlaku tadi. Kami andaikan ia selesai sampai disitu sahaja.
Tiba hari lainnya, aku dan bapaku singgah di kedai mak mamat untuk membeli sedikit makanan. Tiba-tiba, mak mamat tanya dan cerita kejadian yg menimpa mamat. mungkin kerana kesan pada mamat membuatkan rahsia itu dibongkarkan. Alamak....hehe...
No comments:
Post a Comment